[Masuk] [Register]

Portal Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara: Forums

http://ppdkinta.edu.my :: Lihat topik - URUSAN PEMANGKUAN GURU BESAR PPPS DARI GRED DG41 KE DG44KUP
 Soalan Lazim  •  Carian  •  Senarai ahli  •  Kumpulan Pengguna   •  Daftar  •  Profail  •  Lihat mesej peribadi anda  •  Daftar Masuk

 
Hantar topik baruBalas topik ini
Lihat topik sebelumnya Lihat mesej peribadi anda Lihat topik berikutnya
Penulis Mesej
mohdali
Ahli Biasa
Ahli Biasa


Daftar: Oct 01, 2012
Mesej: 45

MesejTelah dihantar pada: Wed May 29, 2013 10:42 am Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Semua Guru Besar
SK, SJKC dan SJKT
Daerah Kinta Utara

Tuan

URUSAN PEMANGKUAN GURU BESAR PPPS GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2013.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk surat JPN Perak J.Pel.Pk.SULIT 4773 Jld. 8/(13 ) bertarikh 17 Mei 2013 tentang perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Gred DG41 ke Gred DG44 secara Khas untuk Penyandang (KUP) 2013. Pegawai yang layak memohon adalah pegawai yang telah dilantik tetap ke Gred DG41 SEBELUM ATAU PADA 1 JANUARI 2010 HINGGA 30 JUN 2010 serta telah berada di atas jawatan Guru Besar tidak kurang dari 3 (tiga) tahun selepas dilantik ke Gred DG41 dan masih menyandang jawatan Guru Besar sehingga kini.

3. Sehubungan itu, tuan boleh muat turun surat siaran serta dokumen-dokumen berkenaan melalui portal Jabatan Pelajaran Perak ( kiriman En Mohd Azmi Hussain pada 21/5/2013 ). Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke PPD Kinta Utara ( Unit Sekolah Rendah -En Mohamad Ali ) PADA ATAU SEBELUM 6 JUN 2013 sebelum dipanjangkan ke JPN Perak.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


HAJI ABDUL RAHIM BIN ABDUL SAMAT
Penyelia sekolah Rendah
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta UTara
Lihat Profail Pengguna IniHantar Mesej peribadi
Paparkan topik yang terdahulu:      
Hantar topik baruBalas topik ini
Lihat topik sebelumnya Lihat mesej peribadi anda Lihat topik berikutnya
Anda tidak boleh hantar topik baru
Anda tidak boleh balas topik
Anda tidak boleh ubah mesej anda
Anda tidak boleh padam mesej anda
Anda tidak boleh mengundi disini

Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara
Leboh Cator
30450 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

No. Tel: 05-2544877 No. Fax: 05-2419154
PENAFIAN:
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
Web site engine's code is Copyright © 2003 by PHP-Nuke. All Rights Reserved. PHP-Nuke is Free Software released under the GNU/GPL license.
Page Generation: 2.340 Seconds
::::