[Masuk] [Register]

Portal Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara: Forums

http://ppdkinta.edu.my :: Lihat topik - PERKHEMAHAN RIMUP SR DAN SM DAERAH KINTA UTARA 2012 (BAHARU)
 Soalan Lazim  •  Carian  •  Senarai ahli  •  Kumpulan Pengguna   •  Daftar  •  Profail  •  Lihat mesej peribadi anda  •  Daftar Masuk

 
Hantar topik baruBalas topik ini
Lihat topik sebelumnya Lihat mesej peribadi anda Lihat topik berikutnya
Penulis Mesej
BadrulHisham
Ahli Elit
Ahli Elit


Daftar: Jul 26, 2012
Mesej: 270

MesejTelah dihantar pada: Wed Sep 19, 2012 3:43 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Sekolah Rendah
(seperti di lampiran)

Tuan,

PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara akan mengadakan Perkhemahan RIMUP Peringkat Daerah Kinta Utara seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 29 hingga 30 September 2012 ( Sabtu / Ahad )
Tempat : Pusat Latihan Kadet Remaja Sekolah (PULARES)
Jalan Ilmu, Batu Gajah.
(Bersebelahan SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah).

3. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan mencalonkan murid dari sekolah tuan untuk menyertai program di atas mengikut senarai di lampiran. Pastikan murid tersebut mempunyai disiplin, sahsiah dan kesihatan yang sangat baik.

4. Sila klik di sini untuk dapatkan bilangan peserta (mengikut jantina, kaum), borang pendaftaran, surat kebenaran ibubapa, surat perakuan kesihatan murid serta tentatif perkhemahan ( dalam proses ). Borang pendaftaran murid yang telah lengkap hendaklah difakskan ke 05-2541 075 pada atau sebelum 24 September 2012.

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Badrul Hisham Yusoff, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara di talian 016-594 1149. Sila muat turun surat pemberitahuan di sini.

6. Kerjasama, perhatian dan sokongan tuan amat kami sanjungi dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BADRUL HISHAM YUSOFF
Penyelia Kokurikulum,
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara
badrulhishamy@yahoo.com


Sekolah Terlibat :

Sekolah Rendah. ( Murid Tahun 6 )
1. Sk Kuala Pari.
2. SK Jalan Pegoh.
3. SK Sungai Raya.
4. SK Pos Raya.
5. SK Simpang Pulai.
6. SK Pusing.
7. SK Pengkalan.
8. SK Pinji.
9. SK Kg. Pasir Puteh.
10. SK Pengkalan Pegoh.
11. SK Methodist ACS.
12. SK Raja Chulan.
13. SK Cator Avenue.
14. SJKC Pui Ying.
15. SJKC Papan.
16. SJKC Gunung Hijau.
17. SJKC Yit Chee.
18. SJKC Lahat.
19. SJKC Bukit Merah.
20. SJKT Menglembu.
21. SJKT Taman Desa Pinji.
22. SJKT Methodist Buntong.
23. SJKT Kerajaan.
24. SJKT Sangeetha Sabah.
25. SJKT Chettiar

Sekolah Menengah ( Pelajar Tingkatan 1 atau 2 )
1. SMK Lahat.
2. SMK Perempuan Perak.
3. SMK Kg. Pasir Puteh.
4. SMK Simpang Pulai.
5. SMK Pengkalan.
6. SMK Pinji.
7. SMK Raja Perempuan.
8. SMK Jalan Pasir Puteh.
9. SMK Seri Puteri.
10. SMK Tarcisian Convent.
11. SMK Seri Keledang.
12. SMK Methodist ACS.
13. SMK Sungai Pari.
14. SMK Seri Ipoh.
15. SMK Menglembu.
16. SMK Pusing.


Mesej ini telah diubah oleh BadrulHisham pada Wed Sep 26, 2012 4:00 pm, diubah sebanyak 1 kali
Lihat Profail Pengguna IniHantar Mesej peribadi
BadrulHisham
Ahli Elit
Ahli Elit


Daftar: Jul 26, 2012
Mesej: 270

MesejTelah dihantar pada: Wed Sep 26, 2012 3:59 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Guru Besar dan Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara.

KEPERLUAN PESERTA PERKHEMAHAN RIMUP DAERAH KINTA UTARA 2012

1. Mohon kerjasama tuan untuk memberitahu peserta program di atas agar membawa barang keperluan perkhemahan untuk keperluan sepanjang program tersebut.

2. Sila klik di sini untuk memuat turun senarai keperluan perkhemahan tersebut. Kerjasama dan sokongan tuan dalam hal ini diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

BADRUL HISHAM YUSOFF
Penyelia Kokurikulum,
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.
016-5941149
Lihat Profail Pengguna IniHantar Mesej peribadi
Paparkan topik yang terdahulu:      
Hantar topik baruBalas topik ini
Lihat topik sebelumnya Lihat mesej peribadi anda Lihat topik berikutnya
Anda tidak boleh hantar topik baru
Anda tidak boleh balas topik
Anda tidak boleh ubah mesej anda
Anda tidak boleh padam mesej anda
Anda tidak boleh mengundi disini

Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara
Leboh Cator
30450 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

No. Tel: 05-2544877 No. Fax: 05-2419154
PENAFIAN:
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
Web site engine's code is Copyright © 2003 by PHP-Nuke. All Rights Reserved. PHP-Nuke is Free Software released under the GNU/GPL license.
Page Generation: 0.084 Seconds
::::