Pengetua / Guru Besar,
Penolong Kanan HEM,
Daerah Kinta Utara.
KUTIPAN DATA SISTEM MKLUMAT MURID (SMM)- FASA 2,
YANG BERAKHIR PADA 30 JUN 2012
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Sistem Maklumat Murid (SMM) masih menjadi rujukan utama semua urusan berkaitan murid oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi-agensi luar yang memerlukan rujukan maklumat murid yang terkini. Walau bagaimanapun ada nama-nama murid tidak dilengkapkan dalam SMM ini yang menyebabkan murid ini sukar dikesan dan tercicir dari program-program bantuan dan sebagainya kerana pihak sekolah mengambil mudah atau pun tidak bersungguh-sungguh melengkapkan maklumat murid ke dalam sistem tersebut .
3. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak sekolah amat diperlukan supaya maklumat murid dalam Sistem Maklumat Murid bagi tahun 2012 Fasa kedua (2) ini adalah yang paling kemaskini dan mantap dari segi ketepatan datanya. Ianya sebagai satu usaha kita yang berterusan supaya maklumat murid di negeri Perak ini benar-benar boleh dijadikan rujukan dan tidak diragui ketepatan maklumatnya.
4. Oleh itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk menghantar data SMM yang berakhir pada 30 Jun 2012 ini ke Pejabat Pelajaran Daerah (Emailkan kepada En Mokhtar Baharudin bin Abdullah, Penyelia Hal Ehwal Murid) pada atau sebelum 6 Julai 2012. Kerjasama pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
_________________ MOKHTAR BAHARUDIN B ABDULLAH,amp.
Penyelia HEM, PPD Kinta Utara.
b/p Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara.
Tel : 019-5730118
penyeliahemppdku@gmail.com
Anda tidak boleh hantar topik baru Anda tidak boleh balas topik Anda tidak boleh ubah mesej anda Anda tidak boleh padam mesej anda Anda tidak boleh mengundi disini