Portal Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara: Forums
http://ppdkinta.edu.my :: Lihat topik - KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU SAINS DAN MATEMATIK 2012
Penulis
Mesej
mnazri101
Pengendali
Daftar: Mar 01, 2010
Mesej: 155
Telah dihantar pada :
Tue Jun 19, 2012 11:17 am
Semua Pengetua/Guru Besar
Daerah Kinta Utara
Tuan/Puan,
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU SAINS DAN MATEMATIK (KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN) NEGERI PERAK 2012
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Kursus tersebut akan dilaksanakan pada 25 - 28 Jun 2012 mengikut ketetapan di Lampiran B.
Surat panggilan kursus berkenaan telah diedarkan ke semua sekolah melalui peti surat sekolah di PPD Kinta Utara.
Sehubungan itu, semua peserta kursus tersebut perlu membawa bersama :
1. Bahan/buku rujukan berkaitan dan sukatan pelajaran
2. Komputer riba
3. Surat panggilan kursus dan salinan buku akaun bank.
Untuk makluman bagi setiap SEKOLAH MENENGAH perlu menghantar seorang Guru Tingkatan 1 bagi setiap mata pelajaran Sains dan Matematik.
Sila klik ikon di bawah untuk muat turun surat tersebut :
Surat panggilan mesyuarat
Lampiran A1
Lampiran A2
Lampiran A3
Lampiran A4
Lampiran B
Sekian, terima kasih.
_________________ Muhamad Nazri Ahmad
Penolong PPD (Sains dan Matematik)
019-5755277
mnazri101@gmail.com
Anda tidak boleh hantar topik baru Anda tidak boleh balas topik Anda tidak boleh ubah mesej anda Anda tidak boleh padam mesej anda Anda tidak boleh mengundi disini