Guru Besar,
Sekolah Rendah pelaksanaan progra j-QAF,
Daerah Kinta Utara,
Ipoh.
Tuan,
SARINGAN PERTANDINGAN KALAM JAMAIE PERINGKAT ZON MAJLIS IHTIFAL j-QAF PERINGKAT TAHUN 2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara akan mengadakan program di atas mengikut ketetapan berikut:
ZON A
Tarikh : 20 & 21 Jun 2012 ( Rabu & Khamis )
Masa : 12.00 tgh - 5.00 ptg
Tempat : SK Sungai Rokam
ZON B
Tarikh : 20 & 21 Jun 2012 (Rabu & Khamis )
Masa : 7.30 pg - 1.00 ptg
Tempat : SK Tasek Damai
ZON C
Tarikh : 25 & 26 Jun 2012 (Isnin & Selasa )
Masa : 12.00 tgh - 5.00 ptg
Tempat : SK Raja Perempuan
3. Sehubungan itu, dipohon agar pihak tuan dapat memberi pelepasan kepada guru di sekolah tuan untuk menghantar dan mengambil pelajar yang telah ditetapkan seperti tempat di lampiran mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Mohd Faisal Bin Mohd Yusof, Pen. PPD j-QAF di talian 019- 5732167 atau 05-2547472.4. Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
_________________ Mohd Faisal bin Mohd Yusof
Penolong PPD j-Qaf
PPD Kinta Utara
jqafkintautara@yahoo.com
Anda tidak boleh hantar topik baru Anda tidak boleh balas topik Anda tidak boleh ubah mesej anda Anda tidak boleh padam mesej anda Anda tidak boleh mengundi disini