Pengetua & Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Tuan,
PENARAFAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2012
Dengan sukacitanya surat KP(BTP-PPSB)8817/3/4 Jld. 2(2) bertarikh 5 Jun 2012 dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan Smart School Qualification Standars (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Plan Pembestarian Sekolah. Tempoh pelaksanaan penarafan bermula 1 Julai - 31 Julai 2012.
3. Sehubungan itu, taklimat dan bengkel pengisian SSQS akan dijalankan seperti berikut :
Tarikh : 21 Jun 2012 (Khamis)
Tempat : Dewan SMK Jelapang Jaya
Masa : 8.30 pagi
Sasaran : Pengetua & Guru Besar Daerah Kinta Utara
4. Adalah diharapkan pihak sekolah dapat membuat penarafan lebil awal bagi mengelakkan masalah traffic. Kerjasama dan jasa baik tuan diucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
AHAMAD SHAKER B. LAZIM
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah,
b/p Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
Anda tidak boleh hantar topik baru Anda tidak boleh balas topik Anda tidak boleh ubah mesej anda Anda tidak boleh padam mesej anda Anda tidak boleh mengundi disini