Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Daerah Kinta Utara
Tuan;
PELAKSANAAN ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT KEPERLUAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA INGGERIS DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN VERSI 2 (GTP 2.0)
Sukacita merujuk kepada surat KP(BPG) 9131/600/13/2 Jld.3 (35) bertarikh 04 Jun 2012.
2. Dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Perak akan melaksanakan analisis tersebut dengan menggunakan instrumen ‘Cambridge Placement Test (CPT)’ secara atas talian mulai 4 Julai hingga 6 Julai 2012.
3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberikan maklumat jumlah guru Bahasa Inggeris di sekolah tuan agar pihak Jabatan Pelajaran dapat membekalkan token yang mencukupi menduduki ujian tersebut. Maklumat guru Bahasa Inggeris tuan adalah berdasarkan kriteria berikut;
i. guru Opsyen Bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran ini
ii. guru Opsyen Bahasa Inggeris yang tidak mengajar mata pelajaran ini
iii. guru Bukan Opsyen Bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran ini
4. Sila download borang di sini.klik ikon:
Lengkapkan borang dan emelkan ke alamat: bahasappdku@yahoo.com sebelum atau pada 20 Jun 2012.
Subject emel: Nama Sekolah; CPT
5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En MOHD YUSOF BIN HASSANDI, Pen PPD Bahasa, di talian 016-595 2209.
Kerjasama tuan dalam hal ini didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
_________________ MOHD YUSOF BIN HASSANDI
PENOLONG PPD AKADEMIK (BAHASA)
b.p. PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KINTA UTARA
bahasappdku@yahoo.com
016-5952209
Anda tidak boleh hantar topik baru Anda tidak boleh balas topik Anda tidak boleh ubah mesej anda Anda tidak boleh padam mesej anda Anda tidak boleh mengundi disini