[Masuk] [Register]

Portal Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara: Forums

http://ppdkinta.edu.my :: Lihat topik - PENGUMPULAN MAKLUMAT MENGENAI PROJEK INOVASI
 Soalan Lazim  •  Carian  •  Senarai ahli  •  Kumpulan Pengguna   •  Daftar  •  Profail  •  Lihat mesej peribadi anda  •  Daftar Masuk

 
Hantar topik baruBalas topik ini
Lihat topik sebelumnya Lihat mesej peribadi anda Lihat topik berikutnya
Penulis Mesej
leewaiyin
Pengendali
Pengendali


Daftar: Jan 26, 2007
Mesej: 68

MesejTelah dihantar pada: Fri Jun 15, 2012 11:33 am Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Utara

Tuan,

Pengumpulan Maklumat Mengenai Projek Inovasi

Sukacita dimaklumkan bahawa tahun 2012 merupakan Tahun Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dengan tema Menggungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti, Mencetus Inovasi.

Sehubungan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk mengenalpasti projek inovasi (tahun 2009 hingga masa terkini) sama ada yang dihasilkan oleh guru, murid, pegawai atau kaki tangan sekolah masing-masing mengikut format seperti di Lampiran A.

Maklumat inovasi (Lampiran A) tersebut perlu dikemukakan kepada Pn. Lee Wai Yin, Penolong Pegawai Pelajaran Pembangunan Profesional Daerah Kinta Utara melalui email leewaiyin@ppdkinta.edu.my sebelum atau pada 29 Jun 2012.

Inovasi tersebut akan dihantar ke Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pameran dan penilaian sempena Hari Inovasi KPM 2012. Selain itu, inovasi tersebut juga akan dikemukakan kepada MAMPU, Jabatan Perdana Menteri untuk Penilaian Anugerah Inovasi Perdana Menteri bagi tahun 2012.

Sekiranya pihak tuan terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Lee Wai Yin di talian 05 254 4877. Keprihatinan dan kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Muat turun Surat siaran dan Lampiran A

_________________
Lee Wai Yin
Penolong PPD Pembangunan Profesional
PPD Kinta Utara
leewaiyin@ppdkinta.edu.my
Lihat Profail Pengguna IniHantar Mesej peribadi
Paparkan topik yang terdahulu:      
Hantar topik baruBalas topik ini
Lihat topik sebelumnya Lihat mesej peribadi anda Lihat topik berikutnya
Anda tidak boleh hantar topik baru
Anda tidak boleh balas topik
Anda tidak boleh ubah mesej anda
Anda tidak boleh padam mesej anda
Anda tidak boleh mengundi disini

Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara
Leboh Cator
30450 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

No. Tel: 05-2544877 No. Fax: 05-2419154
PENAFIAN:
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
Web site engine's code is Copyright © 2003 by PHP-Nuke. All Rights Reserved. PHP-Nuke is Free Software released under the GNU/GPL license.
Page Generation: 0.105 Seconds
::::