Pengetua & Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Tuan,
PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA HAJI TAHUN 2012
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 3 Tahun 2011 : Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld.3(25) bertarikh 31 Oktober 2011. Dalam surat siaran berkenaan, tarikh cuti berganti Hari Raya Haji (25 Oktober 2012 - Khamis) adalah pada hari Sabtu, 14 April 2012.
3. Untuk makluman semua, pihak Kementerian telah menerima permohonan daripada pihak-pihak tertentu agar tarikh cuti berganti tersebut dipinda ke satu tarikh lain. Setelah mempertimbangkan permohonan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti Hari Raya Haji tahun 2012, daripada hari Sabtu, 14 April 2012 kepada hari Sabtu, 21 April 2012.
4. Sehubungan itu mana-mana sekolah yang telah mendapat kelulusan cuti tersebut supaya mengambil tindakan sebagaimana yang dinyatakan di atas.
Sekian.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
AHAMAD SHAKER B. LAZIM
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
b/p Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
Anda tidak boleh hantar topik baru Anda tidak boleh balas topik Anda tidak boleh ubah mesej anda Anda tidak boleh padam mesej anda Anda tidak boleh mengundi disini