[Masuk] [Register]

Portal Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara: Forums

http://ppdkinta.edu.my :: Lihat topik - PENGUMUMAN BERKAITAN JAWATAN GSTT & GURU GANTI 2012
 Soalan Lazim  •  Carian  •  Senarai ahli  •  Kumpulan Pengguna   •  Daftar  •  Profail  •  Lihat mesej peribadi anda  •  Daftar Masuk

 
Hantar topik baruBalas topik ini
Lihat topik sebelumnya Lihat mesej peribadi anda Lihat topik berikutnya
Penulis Mesej
kusaini
Pengendali
Pengendali


Daftar: May 14, 2011
Mesej: 327

MesejTelah dihantar pada: Tue Jan 03, 2012 8:28 am Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Salam 1Malaysia

Kepada sesiapa yang berkenaan
(Calon-calon Guru Ganti Daerah Kinta Utara)

Tuan/Puan/Encik/Cik,

PENGUMUMAN BERKAITAN JAWATAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) DAN GURU GANTI 2012

Perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Perak telah mengeluarkan arahan bahawa TIADA PENGAMBILAN BARU untuk jawatan GSTT bagi tahun 2012. Oleh itu, PPD Kinta Utara tidak akan mengeluarkan atau menerima sebarang Borang Permohonan Jawatan GSTT bagi tahun ini.

3. Manakala bagi GSTT CFS yang sedang menunggu PENEMPATAN SEMULA pada tahun 2012, perlu bersabar kerana pelantikan semula perlu merujuk kepada senarai nama yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.

4. Berhubung dengan jawatan GURU GANTI pula, sukacita dimaklumkan ia AKAN DITERUSKAN seperti biasa pada tahun 2012. Oleh kerana PPD Kinta Utara belum menerima waran peruntukan Guru Ganti dari Jabatan Pelajaran Perak, maka pihak kami terpaksa MENANGGUH SEMENTARA urusan pelantikan Guru Ganti. Sehubungan itu, PPD Kinta Utara tidak akan mengeluarkan, menerima atau memproses sebarang Borang Permohonan Jawatan Guru Ganti buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

4. Untuk makluman, berkuatkuasa mulai sesi persekolahan 2012 semua permohonan jawatan Guru Ganti perlu menggunakan Borang GG2012-C. Sebarang permohonan yang menggunakan borang selain daripada yang dinyatakan atau borang yang telah diubahsuai akan menyebabkan permohonan DITOLAK. Borang baru Permohonan Jawatan Guru Ganti (GG2012-C) hanya akan dikeluarkan di Portal PPD Kinta Utara apabila pihak kami menerima waran peruntukan Guru Ganti 2012.

5. Sebarang perubahan atau maklumat berkaitan GSTT dan Guru Ganti akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Portal PPD Kinta Utara.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.


Kusaini Bin Zulkafli
Penolong PPD KGSK/GSTT/GG
Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara
Lihat Profail Pengguna IniHantar Mesej peribadiHantar email
Paparkan topik yang terdahulu:      
Hantar topik baruBalas topik ini
Lihat topik sebelumnya Lihat mesej peribadi anda Lihat topik berikutnya
Anda tidak boleh hantar topik baru
Anda tidak boleh balas topik
Anda tidak boleh ubah mesej anda
Anda tidak boleh padam mesej anda
Anda tidak boleh mengundi disini

Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara
Leboh Cator
30450 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

No. Tel: 05-2544877 No. Fax: 05-2419154
PENAFIAN:
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
Web site engine's code is Copyright © 2003 by PHP-Nuke. All Rights Reserved. PHP-Nuke is Free Software released under the GNU/GPL license.
Page Generation: 0.101 Seconds
::::