Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara.
PENGHANTARAN LAPORAN TAHUNAN 2009 ASET ALIH KERAJAAN KE KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Merujuk para 4(d) Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, Pegawai Pengawal dikehendaki mengemukakan Laporan Tahunan bagi Tahun 2009 ke Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara dalam bentuk 'hardcopy' dan 'softcopy' pada 10/02/2010 (RABU) sebelum 12.00 tengahari. (U.P : Pegawai Eksekutif)
2. Sehubungan itu, tuan adalah dipohon untuk mengemukakan Laporan Tahunan bagi Tahun 2009 dengan lengkap seperti berikut :
i. Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori (KEW. PA-12)
(Pengetua/Guru Besar- Sila tandatangan di bah. Pegawai Pengawal)
ii. Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW. PA-20)
iii. Laporan Tindakan Surcaj dan Tatatertib (KEW. PA-32)
iv. Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapuskira Aset Alih Kerajaan
(KEW. PA-33) Muat turun Borang KEW-PA 33
Anda tidak boleh hantar topik baru Anda tidak boleh balas topik Anda tidak boleh ubah mesej anda Anda tidak boleh padam mesej anda Anda tidak boleh mengundi disini