1. Memastikan semua kanak-kanak, mengikut
umur yang ditetapkan, mendapat
tempat belajar pada hari pertama
sesi persekolahan bermula.
2. Menempatkan guru-guru ke sekolah
tidak lewat daripada tiga minggu setelah
menerima senarai guru Maktab dan Universiti
dari Jabatan Pelajaran Negeri
dan memastikan bahawa semua sekolah
dibekalkan dengan guru-guru mengikut
peruntukan dua minggu sebelum sekolah
bermula.
3. Memastikan semua urusan yang berkaitan disempurnakan dalam tempoh 2 minggu.
4. Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan
perjawatan dan perkhidmatan personel
dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan
ke jawatan berpencen dan sebagainya
dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan.
5. Mengusahkan pengisian kekosongan
jawatan Pengetua/Guru
Besar/Penolong Kanan secepat mungkin
selepas berlakunya kekosongan.
6. Memastikan tuntutan perjalan
oleh guru dan bukan guru dikemukakan ke
Jabatan Pelajaran Negeri tidak lewat
daripada 10 haribulan
tiap-tiap bulan berikutnya.
7. Memastikan pejabat pelajaran sentiasa
peka dan responsif kepada kehendak-
kehendak pelanggan dengan;
- memberi layanan dan perkhidmatan
kaunter yang mesra dalam tempoh 5 minit.
- menentukan segala surat aduan
dan rayuan bertanggunjawab disiasat dan di beri.
- jawapan dalam tempoh 2
minggu dari tarikh ianya diterima.
8. Menerima segala pandangan cadangan,
syor dan teguran yang membina dari semua
pihak dalam usaha mempertingkatan
prestasi dan kecemerlangan pendidikan.
9. Menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi lain.
Pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap layanan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara (PPD)boleh memajukan aduannya kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak.